Senin, 22 November 2010

Paparkan Saiz Gambar Maksimum Dalam Blog

Penggunaan saiz gambar juga penting dalam menghasilkan entri. Ada entri yang menggunakan gambar dengan saiz kecil, tetapi bagi yang menggunakan gambar saiz besar, mungkin menghadapi sedikit masalah kerana gambar yang dipaparkan tidak menggunakan ruang yang ada semaksimum mungkin.

Ini contoh gambar apabila menggunakan option image size : large.
Walaupun menggunakan option, large, tetapi gambar yang dihasilkan tidak menggunakan ruangan post dalam blog secara maksimum.


Berikut adalah cara untuk menghasilkan penggunaan gambar yang maksimum dalam blog.

Apabila anda upload gambar, akan keluar kod seperti ini.
Buang kod seperti yang telah di highlightkan.



Note :
- Tidak kisah berapa nilai width atau height, asalkan buang kod tersebut.
- utk nilai s400, ada juga nilai lain seperti s1600, s128 dan lain². Kod yang ada perlu buang ini terletak sebelum nama gambar yang anda upload.

Selepas kod dibuang untuk gambar di atas, gambar akan menjadi saiz mengikut saiz asal gambar. Contoh di bawah.


Note: Bila menggunakan kaedah ini, tidak kisah kalau anda menggunakan image option small, medium atau large. Asalkan anda buang kod tersebut, gambar akan jadi maksimum saiz.

Selamat mencuba.:)..

----------------

Masalah gambar terlebih besar apabila buang kod.?

Tunggu tutorial seterusnya.:)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar